Saya seorang wanita tua yang didekati oleh seorang ‘’ejen insurans’’ (penipu) yang pandai bercakap manis. Dia mencadangkan pelbagai skim insurans untuk manfaat anak cucu saya dengan pulangan mengikut polisi syarikat insurans tersebut. Saya berasa yakin dengan skim yang dicadangkan. Borang cadangan yang dari syarikat insurans telah diberikan kepada saya untuk ditandatangani. Penipu itu memberitahu saya untuk memasukkan premium ke dalam ‘syarikat’nya dan dia akan menghantar premium kepada syarikat insurans. Saya tidak menyedari tentang potensi risiko atau ‘redflag’ di sini dan saya melakukan mengikut apa yang dia suruh saya lakukan. Setiap kali selepas pembayaran, penipu akan mengeluarkan ‘resit’ daripada ‘syarikat insurans’ (yang kemudiannya didapati bahawa resit itu adalah palsu). Setiap tahun, penipu itu akan memberikan saya salinan penyata yang kononnya daripada ‘syarikat insurans’. Penipuan ini telah berlangsung selama beberapa tahun dengan jumlah ‘premium yang dibayar’ kepada penipu berjumlah lebih satu juta Ringgit Malaysia (RM 1 juta).
Pada suatu hari apabila ahli keluarga saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan menyemak status polisi insurans saya dalam talian. Barulah didapati hanya 1 polisi tulen sahaja yang dibuka untuk saya manakala baki 6 ‘polisi’ tidak wujud langsung dengan syarikat insurans. Laporan telah dibuat dan ejen itu kemudiannya ditangkap oleh pihak berkuasa kerana menipu.
Saya diberitahu bahawa beberapa wanita warga emas lain turut mengalami nasib yang sama dengan ejen yang sama dengan anggaran kerugian melebihi RM6 juta.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.